Perlembangan
interact.ppc@smjk.edu.my March 9th, 2017
KELAB INTERACT
SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
NO. PENDAFTARAN P015\2011\SMJKPCPP
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama persatuan : Kelab interact SMJK Perempuan China Pulau
Pinang
b. Alamat : SMJK Perempuan China Pulau Pinang
2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.
PERATURAN 2 MATLAMAT
a. Memberi peluang kepada remaja untuk memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam tentang masyarakat, bangsa dan dunia.
b. Mengenali kemuliaan dan nilai-nilai baik dalam kesemua pekerjaan sebagai suatu peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan sikap kepimpinan dan ketulusan yang membina
3.2 Menggalakkan dan mengamalkan sikap bertimbang rasa dan tolong-menolong terhadap orang lain.
3.3 Menggalakkan para remaja mengambil tindakan peribadi atau berkumpulan supaya meningkatkan sikap saling faham-memahami dan silaturahim terhadap semua orang.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.
4.2 Semua ahli hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetpkan.
4.3 Ahli-ahli hendaklah menghadirkan diri dalam semua aktiviti kelab. Ahli-ahli yang tidak hadir ke sebarang aktiviti kelab selama 3kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan digugurkan keahliannya.
4.4 Jika ahli menarik diri daripada menjadi ahli, wang yurannya tidak akan dipulangkan.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan Jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib pengerusir
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Ahli Jawatankuasa
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.2 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
- Comments(0)